Followers

Sunday, 4 October 2015

APA SIKAP PEREMPUAN YANG LELAKI TAK SUKA??

Kalau hari tu, saya dah senaraikan antara2 sikap lelaki yang perempuan tak suka.. kali ini pula APA SIKAP PEREMPUAN YANG LELAKI TAK SUKA??.. soo.. jom skodeng2.. hihi.. 
1)   Selalu Dijadikan Seperti Orang Suruhan
Mereka diperlakukan macam orang suruhan apabila anda meminta mereka melakukan sesuatu untuk anda. Ya, memang tidak salah kalau sekali sekala, tetapi kalau sudah berkali-kali sampai benda yang kecil pun anda suruh pasangan anda buat, itu sudah tak ubah seperti jadi hamba.

2)   Selalu Dibandingkan Dengan Lelaki Lain
Lelaki memang tidak suka kalau dibandngkan dengan orang lain. Bagi mereka, perempuan yang suka membanding-bandingkan lelaki ini memang jenis yang tidak memahami mereka sepenuhnya serta kelebihan yang ada pada mereka. Selain itu, mereka juga berpendapat perempuan sedemikian adalah jenis yang mudah lepas tangan dengan perhubungan.

3)   Tidak Menepati Janji
Lelaki boleh bersabar kalau menunggu anda untuk ber make up atau berkemas, tetapi mereka agak pantang kalau anda mungkir janji. Jika anda ada membuat temujanji untuk makan bersama pada pukul sekian-sekian, tetapi kemudiannya anda tidak dapat datang, seeloknya anda inform awal-awal. Ini kerana lelaki tidak suka dan rasa dipermainkan jika dia sudah bersiap dan tiba-tiba anda kata tak dapat datang tanpa alasan yang munasabah. Kalau alasan penat atau banyak kerja hendak dibuat sebenarnya agak sukar diterima jika anda sudah berjanji awal.

4)   Menyidir Team Kegemarannya
Kebanyakan lelaki memang suka tengok sukan terutamanya bola sepak seperti EPL, La Liga, dan sebagainya. Jangan sesekali menyidir pasangan anda kalau team yang disokongnya kalah atau tidak mendapat keputusan yang memuaskan. Lelaki suka kalau anda bagi sokongan seperti memakai baju team favouritenya walaupun anda sebenarnya tidak berapa berminat dengan bola sepak atau sukan yang diminatinya
.
5)   Selalu Dikongkong dan Tidak Diberi Ruang Untuk Melakukan Kerja Sendiri
Sayang manapun pasangan anda kepada anda, janganlah anda mengharapkan mereka bersama dan menemankan anda sepanjang masa untuk melakukan aktiviti kegemaran anda. Lelaki perlukan masa untuk melakukan aktiviti sendiri yang diminatinya seperti bersukan (futsal, football, badminton), main games, online dan sebagainya. Mereka paling tidak suka kalau anda mengganggu aktiviti yang digemari mereka dan tidak diberi masa untuk diri-mereka sendiri.


so.. itu sajalah senarai2 yg dperolehi... so perempuan2 di luar sana.. ingat ok??? begitu juga saya.. ok bye..

Wednesday, 30 September 2015

LISA AF2015 ITU SIAPA?

Yeah.. post kali ini kita cakap pasal cik Lisa kita.. Lisa?? Lisa mana tu?? alahhh.. Lisa pelajar AF 2015 tu la (cakap sorang sian T^T),, OK2.. so memandangkan saya ini orang sarawak and berbangsa Iban macam cik Lisa nie.. saya nak la bgtahu cik Lisa nie orang yg macam mana.. siapa dia and yg lain2 la..(macam nak mengumpat pung ado bunyinyer) haha.. tak ade la nak mngumpat.. tak baik tau.. huhu.. ok.. first of all.. saya nak bagitahu, saya ni memang peminat gentar cik Lisa ni sbelum masuk AF lagi.. "macam mana ko boleh kenal cik Lisa ni?" yahh.. msti korg ada trfikir bnda ni kn?? well.. actually cik Lisa ini sebenarnya memang penyanyi terkenal kat Sarawak.. banyak dah lagu dia ada.. wait2.. nanti kita cakap pasal lagu dia.. sekarang saya nak ler kongsi BIODATA cik Lisa ini..
Copy paste from: Senarai Rasmi Biodata Pelajar Akademi Fantasia AF 2015 | melvister.com

Nama Penuh: Allyssa Joanne Anak Jambi
Umur: 22 tahun
Asal: Sarawak
Profil Peribadi Alisa
  • Seorang graduan Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Damansara – Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Suku kaum Iban, beragama Kristian
  • Sukakan kanak-kanak – bercita-cita untuk menjadi guru tadika
  • Datuk meninggal pada tahun 2009 – datuk ialah orang yang paling nak Lyssa masuk AF sebab nak Lyssa sama dengan bintang-bintang AF kelahiran Sarawak – bangga
  • Gemarkan muzik seperti Demi Lovato – pop rock
  • Seorang penari semasa berumur 18 tahun – tarian tradisional Sarawak dan tarian moden
  • Ibunya seorang penyanyi lagu-lagu Iban semasa muda
  • Berbakat dalam penciptaan lagu dan lirik – dah siap satu lagu“Sampai Penghujung Nyawa’ (bahasa Iban)
  • Boleh bermain gitar – ayah dulu pemuzik juga

Okey.. itu la biodata cik Lisa kita ni.. so sekarang nak cerita pula pasal dia ni.. cik Lisa ini kalau kat Sarawak kami orang kat sini panggil dia LYSSA JEAN.. memang nama dia sebagai artis kat sini.. cik Lisa ini dia berasal dari Bintulu Sarawak.. Antara2 lagu Lisa ialah
 >SAMPAI PENGUJUNG NYAWA
>ENGKA MEH
>CHERITA PENGERINDU TUA

cik Lisa ini pernah di calonkan di antara finalis Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) 2013.. masa tu Lisa bawa lagu CHERITA PENGERINDU TUA yang berlangsung di DEWAN SUARAH SIBU (tempat saya tu.. hihihi).. Korang nak tengok persembahan Lisa masa tu boleh KLIK
Lyssa - Cherita Pengerindu Tua AJARR 6 2013 - YouTube




okey.. kalau nak tengok pasal cik Lisa ni lebih lanjut.. search LYSSA JEAN kat Google or Yahoo or lain la.. mesti ada.. ok la ..choww dlu.. bye..


Tuesday, 29 September 2015

SIKAP LELAKI YANG PEREMPUAN TAK SUKA

Kadang2, kasihan tengok kaum lelaki.. apa taknyer, selalu jer ada yang tak kena pada mereka pada pandangan kaum perempuan.. tapi apa kan daya, lumrah perempuan.. hahaha..
well, saya memang faham sangat la apa yang perempuan suka atau tak suka.. maklumla saya pun perempuan juga.. so, saya nak la kongsi2 sedikit apa yang sikap lelaki yang perempuan tak suka.
.
1. LAWAK TAK BERAPA NAK JADI
Actually, perempuan ni suka lelaki yang kelakar sebab perempuan ni suka ketawa.. ketawa??(bukan ketawa macam pontianak, ketawa sweet2 gitu.. hihihi).. TAPI.. haaaa.. ada tapi ok.. perempuan sangat menyampah dan tak suka dengan lawak bodoh.. apa taknyer, nak tunjuk bodoh pun sorok2 la sikit malu orang tengok.. tak pasal2 kena tinggal.. baru padan muka kau..

2. TEXT SMS YANG PENDEK
Haa.. yang satu ni, hmmm.. paling2 perempuan benci.. cuba la kau bayangkan wahai lelaki2 jejaka2 di luar sana, perempuan susah2 perah kepala otak nak tulis ayat2 yang macam karangan then kau reply "K" jer????? seriously???? "K"??? yang lagi la annoying.. "hmmmmm".. well, "hmmmm" tu apa??? kalau nak mngeluh.. its not the right time.. ok?? seriously.. mengeluh panjang2.. huhh!!.. bazir krdit jer..

3. PELUPA
Pelupa??  maksudnya di sini bukan lelaki tu hilang ingatan or makan semut banyak2.. mean, selalu lupa tarikh2 yang penting.. actually, perempuan ni, ingat semua tarikh2 yang penting2,contoh la anniversary, birthday and lain2 la.. memang la macam small matter bagi korang tapi bagi perempuan macam malapetaka ok.. yela, sedih tau tak kalau someone yang kita sayang tak ingat tarikh lahir kita.. sakitnya tuh disini.. huhuhu.. ingatkan ada suprise2, present2 or paling tidak beri quote yang touching, ini tak, lupa dahh.. well, tapi kalau kes yang hilang ingatan tu.. boleh ar dterima..

4. JIWANG
Jiwang yang saya maksudkan di sini macam.. alahh.. jiwang karat macam tu.. " engkau la jiwa, lautan api sanggup ku renangi" lebih kurang macam tu la ayat dia.. seriously, kalau korang cakap macam ni.. kalau saya la.. mesti blah la jadinya.. tapi jiwang ni, ada yang suka, ada yang tak suka.. so, pandai2 la korang tengok..

5. HATI BATU
Hati batu ni, bukan hati lelaki yang dah jadi batu macam Si Tanggang tu.. yang ini saya maksudkan, macam hmm.. macam apa ek? haa.. macam contoh la.. si perempuan ni konon2 nak sweet gitu, so ada la si perempuan ni buat something.. tapi respon dari korang.. krik krik krik krik.. anddd.. kalau si perempuan ni merajuk la.. ingatkan korang nak pujuk, korang buat derkkkkk jer.. ( tu ka kot maksud hati batu.. hohoho)

So, ini la antara2 apa sikap lelaki yang perempuan tak suka.. so pandai2 la korang control2 sedikit sikap tu.. nanti kena tinggal jadinya.. tapi, tak ada seorang pun yang sempurna..kalau dah jodoh tu jodoh la kn?? tapi jangan pula korang.. hmmm.. "lantak aku la nak buat apa" contoh macam tu.. tak baik la.. buat la apa yang terbaik.. okeyy.. hihi.. well.. omg.. this my first post.. hopefully, korang suka.. and thank yang sudi membaca.. bye..
 

Monday, 28 September 2015

LIRIK LAGU BERTEMAN SEPI - UNGU ft STACY



Sepi disini tanpa dirimu lagi
di persimpangan langkahku
kita terpisah bukan tak cinta
namun waktu tak berpihak

sangat berat untukku
melewati waktu
ku tanpa dirimu

sungguh tak apalah bila
memang yang itu yang terbaik
untuk mu bahagia selamanya

sungguh tak apalah bila
kau memilih meninggalkan diriku sendiri
berteman sepi

sangat berat untukku
melewati waktu
ku tanpa dirimu

sungguh tak apalah bila
memang yang itu yang terbaik
untuk mu bahagia selamanya

sungguh tak apalah bila
kau memilih meninggalkan diriku sendiri
berteman sepi ohh

untuk mu bahagia selamanya
sungguh tak apalah bila
kau memilih meninggalkan diriku sendiri